Blog ini memberi peluang kepada pencinta muzik gambus untuk bersama-sama memberi apa-apa saja informasi mengenai gambus. Anda boleh memberi saranan,pertanyaan, kritikan, aktiviti yang dijalankan, percambahan fikiran, idea-idea dan lain-lain yang hanya berkaitan dengan muzik atau tajuk blog ini. InsyaAllah. Terima kasih- MOHD NIZAM ATTAN
Tuesday, June 22, 2010
sedikit mengenai perkembangan gambus di Batu Pahat dan Pontian
..pada sekitar tahun 1950an hingga penghujung tahun 1960an,ada beberapa nama pemain gambus yang datang ke daerah Pontian dan Batu Pahat dan telah mengadakan persembahan lagu2 zapin, sarah, lagu Arab Mesir dan qasidah.. di antaranya ialah Sheikh Maqbul Abot, Ustaz Abdul Kadir Awang, Ustaz Attan Hassan (sekadar beberapa nama).. Mereka bukan hanya membawa muzik gambus, malah telah mengajar anak-anak tempatan tentang muzik yang menggunakan gambus berasaskan 'maqam'..walaupun hanya beberapa 'maqam' yang digunakan eg. bayati, sikah dan rast (yang popular), namun telah meresap dan diminati...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terdapat 8 Maqam asas yang perlu dipelajari bagi menguasai taqseem ataupun permainan gambus muzik arab iaitu: Ajam, Nahawand, Rast, Hijaz, Bayati, Kurd, Saba dan Sekah (terdapat juga perbezaan pendapat bagi senarai ini berdasarkan sekolah pembelajaran tertentu). Dari 8 Maqam asas ini akan terdapat pecahan lain gabungan antara Maqam yang berkaitan mengikut peraturan-peraturan tertentu (topic ini melibatkan teori complex bagi pembelajaran muzik arab dan sering mengelirukan)
ReplyDeleteShukran
Zulkarnain Yusof