Blog ini memberi peluang kepada pencinta muzik gambus untuk bersama-sama memberi apa-apa saja informasi mengenai gambus. Anda boleh memberi saranan,pertanyaan, kritikan, aktiviti yang dijalankan, percambahan fikiran, idea-idea dan lain-lain yang hanya berkaitan dengan muzik atau tajuk blog ini. InsyaAllah. Terima kasih- MOHD NIZAM ATTAN
Monday, June 21, 2010
..pengaruh muzik gambus sekitar tahun 70an dan 80an..
..tahun2 70an sehingga pertengahan tahun 80an, lagu2 gambus di Johor terutama di kawasan Batu Pahat, Pontian banyak dipengaruhi oleh lagu-lagu nasyid dari Indonesia contoh:,Kumpulan El-Soraya, Kumpulan Al-Watan,dan beberapa nama lagi. Bagi lagu2 zapin, sarah dan qasidah juga dipengaruhi muzik dari Indonesia spt. OG Awara, Al Fata dan beberapa nama lain.. Kebanyakkan dari masyarakat tempatan ketika itu memperolehi sumber muzik mereka dari kaset2 dan radio..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan-kumpulan di rantau ini mendapat inspirasi mereka melalui penyanyi atau pemuzik-pemuzik dari negara Timur Tengah yang sedang popular pada ketika itu seperti penyanyi unggul Om Khalthum dari Mesir juga di kenali sebagai "the mother of egypt", Farid el Atrache (pemain Oud, penyanyi dan pelakun terkenal kelahiran Lubnan), Abdul Wahab (pemain Oud, penyanyi dan komposer terkenal dari Mesir) dan Fairuz (penyanyi pop dari Lubnan).
ReplyDeleteSelain mereka terdapat ramai pemuzik-pemuzik Oud yang hebat yang hanya dikenali dikalangan penggemar setia alat muzik Oud dan muzik Arab seperti, Riad el Sunbathi, el Qassabji, Geroge Michel dan Sabah Fakhri to name a few.
Shukran
Zulkarnain Yusof