Blog ini memberi peluang kepada pencinta muzik gambus untuk bersama-sama memberi apa-apa saja informasi mengenai gambus. Anda boleh memberi saranan,pertanyaan, kritikan, aktiviti yang dijalankan, percambahan fikiran, idea-idea dan lain-lain yang hanya berkaitan dengan muzik atau tajuk blog ini. InsyaAllah. Terima kasih- MOHD NIZAM ATTAN
Tuesday, June 22, 2010
Gambus Johor memang berasal dari Oud
Salam sejahtera, gambus Johor memang berasal dari Oud. Gambus yang dihasilkan di Johor dibuat berdasarkan contoh Oud dari negara timur tengah. Gambus Johor dihasilkan pada sekitar tahun 1963 di Senggarang, Batu Pahat, Johor. Gambus ini menyerupai Oud, cuma cara pembuatan, bahan-bahan yang digunakan adalah berbeza berbanding Oud. Hasilnya, gambus menghasilkan 'bunyi' gambus dan sedikit berbeza dari bunyi Oud. Namun begitu, sedikit kelebihan gambus Johor berbanding Oud ialah ketahanannya pada cuaca panas dan lembab.Oleh kerana Oud sukar didapati di kalangan masyarakat tempatan pada ketika itu, maka gambus Johor banyak digunakan dalam ensembel-ensembel muzik yang menggunakan gambus seperti kumpulan zapin, ghazal dan kumpulan muzik yang mengiringi nasyid.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Gambus merupakan sebuah alat muzik bertali yang berasal dari negara Yaman. Mempunyai 4 tali dan menghasilkan bunyi yang serupa dengan alat muzik Oud. Bersaiz kecil dan dihasilkan dengan mengeruk bongkah kayu bagi menghasilkan bahagian badan alat ini manakala Oud dihasilkan dengan menggunakan ceraian-ceraian bilah kayu (rib).
ReplyDeleteShukran
Zulkarnain Yusof
Ya, inilah yang diharapkan.Banyakkan lagi info mengenai gambus. Tambahan,..Gambus yang dihasilkan di Johor oleh tukang kayu tempatan pada tahun 1963 ialah gambus yang dibuat berdasarkan contoh alat muzik Oud.
ReplyDeleteSaya setuju dengan pendapat ini, gambus di negeri Johor dihasilkan mengikut ukuran serta reka bentuk Oud dari negara Arab dengan menggunakan kayu-kayu tempatan yang sesuai dengan cuaca di negara ini.
ReplyDeleteShukran
Zulkarnain Yusof
saya memang meminati gambus walaupun tidak pandai bermain alat ini.. pertanyaan saya, apakah jenis kayu yg selalu digunakan di dalam pembuatan gambus?,,
ReplyDelete