Risha atau pemetik gambus merujuk kepada sejenis alat yang digunakan oleh pemain gambus untuk menghasilkan bunyi. Di Johor, alat ini dikenali sebagai ‘pementing’ atau ‘lidah’ oleh pemain-pemain gambus tempatan. Alat ini diperbuat daripada tanduk lembu yang dipotong hingga tipis sepanjang kira-kira sepuluh hingga lima belas sentimeter dan lebar lebih kurang satu sentimeter.
Pementing yang dibuat daripada tanduk lembu banyak digunakan pada masa dahulu, namun penggunaannya semakin berkurangan kerana terdapat berbagai cara lain untuk membuat pementing. Di antaranya ialah penggunaan plastik dan pemetik gitar. Ada pendapat mengatakan dengan menggunakan pementing yang diperbuat daripada tanduk lembu membuatkan bunyi gambus menjadi lebih lunak dan pemain tidak berasa letih terutama pada bahagian tangan ketika bermain gambus .
Pementing gambus tidak boleh terlalu keras dan tidak juga boleh terlalu lembut. Jika pemetik terlalu keras, seseorang pemain itu akan sukar untuk melakukan ‘tar’(merujuk kepada tremolo) dalam permainannya. Jika pementing gambus itu terlalu lembut pula, pemain sukar untuk mendapatkan bunyi gambus yang kuat dan lunak dan kemungkinan terkena pada bahagian badan gambus dan mengeluarkan bunyi yang tidak diingini.
Bulu dari kepak brung helang adalah pemetik yang pertama digunakan bagi memetik alat muzik Oud sebelum nya digantikan dengan pemetik jenis tanduk lembu air dan kini pemetik dari bahan plastik sangat popular kerana ianya mudah didapati serta senang dibentuk mengikut keselesaan pemain. Di negara Turkey pemetik atau risha (bahasa arab) dikenali dengan nama "Mizrap"
ReplyDeleteShukran
Zulkarnain Yusof