Blog ini memberi peluang kepada pencinta muzik gambus untuk bersama-sama memberi apa-apa saja informasi mengenai gambus. Anda boleh memberi saranan,pertanyaan, kritikan, aktiviti yang dijalankan, percambahan fikiran, idea-idea dan lain-lain yang hanya berkaitan dengan muzik atau tajuk blog ini. InsyaAllah. Terima kasih- MOHD NIZAM ATTAN
Thursday, November 18, 2010
Salam AidilAdha
Salam buat semua, lama saya tak update blog ni. Pencinta muzik semua diharap terus berusaha untuk memartabatkan muzik kita (Malaysia). Gambus yang terdapat di Malaysia merupakan alat muzik yang perlu dipelihara dan dipulihara. Pembuatan yg bersifat tradisional perlu dikekalkan (hand made) , namun, teknologi terkini juga perlu dipertimbangkan dalam usaha untuk memudahkan pemahaman generasi baru. Hasil2 yang telah ditunjukkan oleh IPT dalam bidang pembuatan gambus amat diraikan. Harapan terhadap graduan; semoga mereka dapat terus melestarikan warisan bangsa tanpa lupa akan inovasi dan sumbangan kepada negara. Yelah, kalau bukan kita, siapa lagi?
Sunday, September 19, 2010
selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin
Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh umat Muslimin di mana sahaja anda berada, Maaf Zahir dan Batin. Salam Gambus!
Monday, July 19, 2010
kembali bersua
Assalamualaikum, jumpa lagi di ruangan ini. Saya berehat hampir 2 minggu dari mengemaskini blog ni. Bukan apa, banyak sangat kerja2 yang perlu dilakukan dan pelajar2 baru dah memulakan sesi pengajian mereka. Tapi, itu semua adalah kewajiban sebagai pendidik dan pelajar. Di sini, saya ditugaskan mengajar subjek Music Appreciation, Music and Society, Fundamental of Music Theory, Strings Technique di samping membangunkan kumpulan muzik cHamber, Asli dan Ghazal. Insyaallah, saya akan buat yang terbaik mengikut kemampuan saya.Wassalam.
Wednesday, July 7, 2010
Salam sejahtera,..jumpa lagi..
Haaaa...oleh kerana penat bekrja di siang hari, dan demam bolasepak di malam hari,..laman ini ter'pause' sekejap.. ok, sekarang kita sambung lagi. Saya dalam usaha untuk menerbitkan buku pertama mengenai gambus Johor. InsyaAllah, dalam tahun ini juga. Walau bagaimanapun, sdr/i amat digalakkan utk mmemberi apa2 maklumat mengenai gambus. t kasih.
Thursday, June 24, 2010
..maaf..apa dah jadi dgn France dan Italy?
..sorry lah..bukan apa, bekas-bekas juara kecundang di pusingan pertama sesuatu yang menghairankan..
gambus perlu R&D
Bagi tujuan R&D, perlu adanya penetapan ukuran, bahan dan metod pembuatan. Gambus Johor dihasilkan berdasarkan contoh Oud dan citarasa pembuat gambus itu sendiri. Walau apapun, gambus buatan Johor telah digunakan secara meluas dalam ensembel muzik yang menggunakan gambus di Malaysia.
Tali gambus Johor
Gambus buatan Johor mempunyai sebelas tali. Ia dipasang secara berpasangan pada tali 1 ('pic' paling tinggi) sehingga tali ke-5. Tali ke-6 ('pic' paling rendah)dipasang hanya sehelai tali sahaja.
Wednesday, June 23, 2010
risha, pementing atau pemetik gambus?
Risha atau pemetik gambus merujuk kepada sejenis alat yang digunakan oleh pemain gambus untuk menghasilkan bunyi. Di Johor, alat ini dikenali sebagai ‘pementing’ atau ‘lidah’ oleh pemain-pemain gambus tempatan. Alat ini diperbuat daripada tanduk lembu yang dipotong hingga tipis sepanjang kira-kira sepuluh hingga lima belas sentimeter dan lebar lebih kurang satu sentimeter.
Pementing yang dibuat daripada tanduk lembu banyak digunakan pada masa dahulu, namun penggunaannya semakin berkurangan kerana terdapat berbagai cara lain untuk membuat pementing. Di antaranya ialah penggunaan plastik dan pemetik gitar. Ada pendapat mengatakan dengan menggunakan pementing yang diperbuat daripada tanduk lembu membuatkan bunyi gambus menjadi lebih lunak dan pemain tidak berasa letih terutama pada bahagian tangan ketika bermain gambus .
Pementing gambus tidak boleh terlalu keras dan tidak juga boleh terlalu lembut. Jika pemetik terlalu keras, seseorang pemain itu akan sukar untuk melakukan ‘tar’(merujuk kepada tremolo) dalam permainannya. Jika pementing gambus itu terlalu lembut pula, pemain sukar untuk mendapatkan bunyi gambus yang kuat dan lunak dan kemungkinan terkena pada bahagian badan gambus dan mengeluarkan bunyi yang tidak diingini.
Pementing yang dibuat daripada tanduk lembu banyak digunakan pada masa dahulu, namun penggunaannya semakin berkurangan kerana terdapat berbagai cara lain untuk membuat pementing. Di antaranya ialah penggunaan plastik dan pemetik gitar. Ada pendapat mengatakan dengan menggunakan pementing yang diperbuat daripada tanduk lembu membuatkan bunyi gambus menjadi lebih lunak dan pemain tidak berasa letih terutama pada bahagian tangan ketika bermain gambus .
Pementing gambus tidak boleh terlalu keras dan tidak juga boleh terlalu lembut. Jika pemetik terlalu keras, seseorang pemain itu akan sukar untuk melakukan ‘tar’(merujuk kepada tremolo) dalam permainannya. Jika pementing gambus itu terlalu lembut pula, pemain sukar untuk mendapatkan bunyi gambus yang kuat dan lunak dan kemungkinan terkena pada bahagian badan gambus dan mengeluarkan bunyi yang tidak diingini.
relak jap..tengok bola..
..pukul 11.10mlm, rooney dan rakan2 strugglingcari gol lagi..baru 1-0, England masih risau kalau2 slovenia shoot dari jauh dan david james 'terlepas' dan Englandpun melepas..
Tuesday, June 22, 2010
Gambus Johor memang berasal dari Oud
Salam sejahtera, gambus Johor memang berasal dari Oud. Gambus yang dihasilkan di Johor dibuat berdasarkan contoh Oud dari negara timur tengah. Gambus Johor dihasilkan pada sekitar tahun 1963 di Senggarang, Batu Pahat, Johor. Gambus ini menyerupai Oud, cuma cara pembuatan, bahan-bahan yang digunakan adalah berbeza berbanding Oud. Hasilnya, gambus menghasilkan 'bunyi' gambus dan sedikit berbeza dari bunyi Oud. Namun begitu, sedikit kelebihan gambus Johor berbanding Oud ialah ketahanannya pada cuaca panas dan lembab.Oleh kerana Oud sukar didapati di kalangan masyarakat tempatan pada ketika itu, maka gambus Johor banyak digunakan dalam ensembel-ensembel muzik yang menggunakan gambus seperti kumpulan zapin, ghazal dan kumpulan muzik yang mengiringi nasyid.
sedikit mengenai perkembangan gambus di Batu Pahat dan Pontian
..pada sekitar tahun 1950an hingga penghujung tahun 1960an,ada beberapa nama pemain gambus yang datang ke daerah Pontian dan Batu Pahat dan telah mengadakan persembahan lagu2 zapin, sarah, lagu Arab Mesir dan qasidah.. di antaranya ialah Sheikh Maqbul Abot, Ustaz Abdul Kadir Awang, Ustaz Attan Hassan (sekadar beberapa nama).. Mereka bukan hanya membawa muzik gambus, malah telah mengajar anak-anak tempatan tentang muzik yang menggunakan gambus berasaskan 'maqam'..walaupun hanya beberapa 'maqam' yang digunakan eg. bayati, sikah dan rast (yang popular), namun telah meresap dan diminati...
Monday, June 21, 2010
..pengaruh muzik gambus sekitar tahun 70an dan 80an..
..tahun2 70an sehingga pertengahan tahun 80an, lagu2 gambus di Johor terutama di kawasan Batu Pahat, Pontian banyak dipengaruhi oleh lagu-lagu nasyid dari Indonesia contoh:,Kumpulan El-Soraya, Kumpulan Al-Watan,dan beberapa nama lagi. Bagi lagu2 zapin, sarah dan qasidah juga dipengaruhi muzik dari Indonesia spt. OG Awara, Al Fata dan beberapa nama lain.. Kebanyakkan dari masyarakat tempatan ketika itu memperolehi sumber muzik mereka dari kaset2 dan radio..
..nasihat..
..taqsim?..tolong la, kalau hanya tau satu taqsim, jgn cuba2 buat taqsim yang sama pada semua lagu yang anda mainkan, mungkin ianya tidak menepati 'maqam' yang sepatutnya. Cuba belajar dari yang mengetahui..Wallahualam.
mana nak repair/beli gambus?
Di Malaysia kita ada raja gambus, mr gambus, dr gambus dan ramai lagi yang dianggap hebat, Tapi kadang2 nak beli atau repair gambus, tak tau kat mana... haaa... bagi tau je saya.. will get the best for you..
Subscribe to:
Posts (Atom)