Sunday, December 15, 2013

ITMC: 2nd National Gambus Festival 2013


ITMC: 2nd National Gambus Festival 2013 telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium JKKN, WPKL pada 14 Disember 2013 yang lalu.ITMC:2nd NGF ini adalah usahasama di antara JKKN, National Conservatory of Arts dan UPSI. Majlis ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr Shahanum Mohamad Shah, Timbalan Dekan Akademik, UiTM. Sebanyak 7 kertas kerja telah dibentangkan oleh penyelidik dalam dan luar negara. Pembentang terdiri dari Dr Nathan Fisher (USA-UiTM), En.Saat Awang Damit (Persatuan Melayu Brunei Sabah), Sheikh Razie Dawilah (Indonesia), Mr. Veselin Kolev (Bulgaria), Mohd Azam Sulong (UPSI) dan Mohd Nizam Attan (UPSI). Pada akhir sesi pembentangan pula telah dijalankan satu bengkel permainan alat muzik Oud oleh YM Raja Zulkarnain RMY (National Conservatory of Arts) dan alat muzik gambus (cara Melayu) oleh En. Norehan Saif dari Istana Budaya. Pada sebelah malam pula berlangsung persembahan dari artis dalam dan luar negara di antaranya ialah Kumpulan Ghazal Seri Bayu (UPSI), Eric Zhang (USA), Nathan Fisher (USA), Raja Zulkarnain Yusof (NCA), Sheikh Razie & Group (Indonesia), Ismahaire (Singapore), Shahrin (UTHM),Kumar Kartigesu (Temple of Fine Arts, Norehan Saif (Istana Budaya) dan beberapa artis yang lain. 2nd National Gambus Festival 2013 ini telah mencapai sasarannya untuk memartabatkan muzik gambus bukan sahaja dalam kalangan warga tempatan, malah sehingga ke peringkat antarabangsa. Syabas dan tahniah!

No comments:

Post a Comment