Sunday, December 15, 2013

ITMC: 2nd National Gambus Festival 2013


ITMC: 2nd National Gambus Festival 2013 telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium JKKN, WPKL pada 14 Disember 2013 yang lalu.ITMC:2nd NGF ini adalah usahasama di antara JKKN, National Conservatory of Arts dan UPSI. Majlis ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr Shahanum Mohamad Shah, Timbalan Dekan Akademik, UiTM. Sebanyak 7 kertas kerja telah dibentangkan oleh penyelidik dalam dan luar negara. Pembentang terdiri dari Dr Nathan Fisher (USA-UiTM), En.Saat Awang Damit (Persatuan Melayu Brunei Sabah), Sheikh Razie Dawilah (Indonesia), Mr. Veselin Kolev (Bulgaria), Mohd Azam Sulong (UPSI) dan Mohd Nizam Attan (UPSI). Pada akhir sesi pembentangan pula telah dijalankan satu bengkel permainan alat muzik Oud oleh YM Raja Zulkarnain RMY (National Conservatory of Arts) dan alat muzik gambus (cara Melayu) oleh En. Norehan Saif dari Istana Budaya. Pada sebelah malam pula berlangsung persembahan dari artis dalam dan luar negara di antaranya ialah Kumpulan Ghazal Seri Bayu (UPSI), Eric Zhang (USA), Nathan Fisher (USA), Raja Zulkarnain Yusof (NCA), Sheikh Razie & Group (Indonesia), Ismahaire (Singapore), Shahrin (UTHM),Kumar Kartigesu (Temple of Fine Arts, Norehan Saif (Istana Budaya) dan beberapa artis yang lain. 2nd National Gambus Festival 2013 ini telah mencapai sasarannya untuk memartabatkan muzik gambus bukan sahaja dalam kalangan warga tempatan, malah sehingga ke peringkat antarabangsa. Syabas dan tahniah!

Wednesday, August 22, 2012

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari saya kepada semua Umat Islam di dunia. Khusus buat pencinta muzik Gambus, teruskan mengkaji, mengenal, belajar, mencari teknik terbaik dan berkongsi dengan yang lain. Semoga anda semua sentiasa gembira di hari yang mulia ini.

Friday, July 27, 2012

Gambus Performance

October 23rd,2012 Gambus Lecture and Demonstration by Mohd Nizam Attan, at Faculty of Music and Performing Arts, Universiti Pendidikan Sultan Idris with special appearence by The one and the only Putera Oud from the National Conservatory of Arts, KL and Surround Sound Expert, Azam Dungun.